BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 13, 2011

LUKA SERIBU RINDU...

“bukan mudah merawat hati yang luka. Kesannya tiada, namun sesekali denyutannya masih menyula rasa. Tuhan, berilah daku kekuatan untuk menghadapi segalanya. Hadirkanlah cinta untuk mengubati hati yang hampir bernanah ini…”

“cinta takkan pudar dek sebakan sejarah silam”

“hidup berlingkarkan bahagia jika bernaungkan kasih sayang
ceria akan terus menguntum seri mengiringi kemesraan”

“apabila cinta dibutakan, kita mudah hilang kewarasan
apabila perasaan didahulukan, kita senang hilang pertimbangan”

“apabila kata-kata diledakkan, jangan sampai melukakan perasaan
apabila sudah luka melukakan, di manakah nilai sesebuah ikatan?”

“apabila kemarahan tidak mampu dibatasi, kata-kata pasti memecahkan rasa
hati apabila terluka, kadangkala bukan mudah memberikan kemaafan”

“kadangkala duka biar menjadi milik diri
resah biar menjadi milik peribadi
ada yang sudi berkongsi, tidak kurang pula yang mencemuh nanti”

“kata hati memang payah diperdengarkan
kadangkala hanya terpamer daripada tindakan”

“apabila sudah terkilan rasa, impian lain pula yang terbina
apabila hati sudah tergores luka, dengan apa hendak dijadikan penawarnya?”

“kebahagiaan itu terletak pada jiwa
ketenangan itu kepunyaan hati
biar duka membuat kita sengsara, namun ingatan pada ALLAH jangan sambil lewa”

“kenangan adakalanya boleh menyeksa jiwa
ingatan juga kadangkala mendera rasa
kenapa yang sudah-sudah tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja?”

“sekali dibiarkan terluka, selamanya hati akan merasa
walau diberi kemaafan sekalipun, luka tetap akan menyimpulkan sebuah duka
sembuhnya mungkin, namun parutnya ada”

“selanjur bercinta sewajarnya berumah tangga
sebelum terluka, jangan cuba membebankan rasa
pergilah cinta jika itu lebih bahagia”

“usah diturutkan rasa, kelak menanah luka di dada
usah mengikut runtunan kemarahan di hati, kelak kasih sayang akan mati”

“bukan kerana kemarau yang panjang kasih kita menjadi gersang
tetapi kerana kisah silam yang menjadi igauan”

“bila kasih beralih arah, perlakuan pun mulalah berubah
yang tercetus adalah kemarahan yang berpanjangan”

“hati yang terkilan, kerap mencetuskan pelbagai andaian
bila dilukakan, serasa diri tidak lagi diharapkan”

“siapakah yang bisa mengerti kecelaruan hati?
siapakah juga yang bisa memahami gelodak jiwa ini?
hanya diri sendirilah yang tahu mencernakannya tetapi tidak terdaya menghuraikannya dengan kata-kata”

“kenangan silam kadangkala mendarahkan luka
ingatan silam juga adakalanya menyakitkan rasa”

“kucarimu walau di mana
semoga akan berpanjangan kasih kita”

“jejak damai…di manakh harus kucari?
jejak kasih…barangkali sudah pun terhakis”

“yang kukuh masih lagi kasih dan sayang
yang teguh adalah perasaan dan harapan
yang luluh mungkin sebuah impian”

“berakhirlah penantian pada hujung bg waktu ini sahaja
tidak sanggup aku terus menanti begitu lama mengharapkan kau hadir semula”

“bahagiakah yang terlukis di hati? atau resah yang cuba ditabiri
kenangan dan ingatan kian seiringan membenihkan rindu menguntum rasa”

“cinta…janganlah bersemi
rindu…tetaplah menguntum seri
cinta ini bukan milikmu dan rindu ini pun juga bukan untukmu
di hati…sudah ada insan lain yang mengisi”

“kusisipkan cinta di hujung rasa, adakah ia ditakdirkan untukmu?
kuselit rindu di celah sukma, mungkinkah ia kepadamu?”

“apabila ingatan menjengah, rindu menjadi semakin parah”

“cukuplah sekadar di sini. aku tidak mahu luka menjadi semakin pedih bagaikan sengaja disimbah cuka”

“apakah benar hanya waktu sahaja yang boleh menyembuhkan luka?”

“adakalanya ujian dan dugaan boleh menguatkan semangat menentang arus kehidupan yang kadang waktunya memedihkan rasa”

“kasih sayang akan mengutuhkan ikatan
jiwa yang derita pun boleh dibahagiakan”

“kita diktakdirkan bersama, kerana itu Tuhan kembali menemukan kita…”

“segalanya indah apabila semuanya mengikut perancangan dan berjalan lancar sebagaimana yang kita harapkan”


“hanya dengan pengertian, kita boleh memupuk persefahaman”